Pemain pertahanan baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Antonio Glauder mengakui tidak sabar membantu pasukan itu mengharungi kempen musim 2025/26.
Glauder menjadi rekrut pertama JDT untuk musim hadapan selepas perpindahannya diumumkan kelab itu baru-baru ini.
“Tidak sabar memulakan cabaran baharu bersama JDT!” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Bek tengah berusia 29 tahun itu sebelum ini pernah beraksi untuk kelab La Liga 2, Cadiz. Kehadiran beliau dilihat sebagai pengganti rakan senegara, Jordi Amat.
Ini selepas Glauder memilih nombor lima sebagai nombor jersinya. Nombor tersebut cukup signifikan kerana digunakan Amat sepanjang bersama Harimau Selatan.
Amat dilaporkan akan kembali ke Eropah selepas tamat kontrak bersama JDT. Bekas bek tengah Swansea City itu merekodkan 66, tiga gol dan enam bantuan gol untuk JDT.
Glauder dijangka bukan satu-satunya rekrut JDT. Ini kerana sebelum ini, pasukan gergasi selatan tanah air itu turut dikaitkan dengan perpindahan Fabio Gonzalez.