Antony Bagi Amaran Awal Kepada Maguire
Dunia
manchester united
Advertisements

Manchester United baru sahaja melengkapkan perpindahan seorang penyerang daripada Brazil iaitu Antony Matheus dos Santos dengan kontrak sehingga 2027.

Bekas pemain Ajax itu dilihat tidak memanggil Harry Maguire sebagai kapten MU menerusi satu hantaran di story Instagram miliknya. Beliau membalas ucapan Maguire dengan bersahaja.

“Terima Kasih (emoji berbentuk hati).

Advertisements

Namun, berbeza pula reaksi Antony terhadap Bruno Fernandes dimana beliau memberi respon dengan penuh rasa hormat sebagai seorang kapten.

“Terima Kasih Kapten!

Untuk pengetahuan, dalam tiga perlawanan yang lepas, Bruno Fernandes menggalas tugas sebagai ketua pasukan dan ketiga perlawanan tersebut MU berjaya memperoleh kemenangan.

Advertisements

Namun, dalam dua perlawanan pertama sebelum ini, Manchester United tewas ketika Maguire menggalas tugas sebagai kapten.

Pemain berusia 22 tahun ini beraksi sebagai pemain sayap kiri, semasa bersama Ajax beliau menjaringkan 12 gol dan 10 bantuan gol dalam 33 perlawanannya bagi musim 21/22.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram