Anwar Ibrahim Masih ‘Sayangkan’ Manchester United
Dunia
Bernama
Advertisements

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau masih meminati kelab gergasi dari Eropah, Manchester United walaupun ketiadaan bekas jurulatih kelab tersebut, Alex Ferguson.

Beliau menjelaskan Alex Ferguson telah banyak memberikan perubahan kepada sesebuah kelab sehingga ke tahap yang cemerlang pada ketika itu. Alex Ferguson juga pernah diangkat sebagai antara pengurus terbaik sepanjang zaman dalam dunia bola sepak.

Manchester United merupakan satu kelab bola sepak yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia. Pasukan itu pernah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 19 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris).

Advertisements

Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton di dalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.

“Sejarah Alex Ferguson merupakan seorang yang mempunyai kegigihan, kedegilan dan kerja kuat beliau telah memberikan corak baharu kepada satu kelab sehingga cemerlang,” katanya di dalam satu video yang tular di media sosial Twitter.

“Saya masih penyokong Manchester United walaupun dia (Alex Ferguson) tiada,” ujarnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram