Aksi terakhir peringkat kumpulan menyaksikan penentuan nasib antara Filipina dan Indonesia.
Saingan Kumpulan B masih lagi terbuka apabila pendahulu, Vietnam dengan 7 mata manakala Indonesia, Myanmar (4) dan juga Filipina dengan 3 mata.
Peluang terakhir buat The Azkals untuk mara ke pentas separuh akhir adalah dengan menundukkan skuad kendalian Shin Tae-yong apabila kedua-dua pasukan bertemu pada 21 Disember.
Myanmar juga masih memiliki peluang untuk mara sekiranya menundukkan Vietnam di gelanggang lawan sekaligus berpotensi untuk mara ke pentas separuh akhir.
Saingan Kumpulan A menyaksikan dua pasukan telah mengesahkan tempat ke pentas separuh akhir iaitu Thailand dan Singapura selaku juara kumpulan.
Indonesia juga merupakan semi finalis pada edisi 2022 namun tunduk di tangan Vietnam tatkala skuad muda kalini dijangka bakal memberikan saingan sengit.
Pertembungan dua aksi terakhir antara Indonesia dan Filipina menyaksikan satu keputusan seri dan satu kemenangan memihak kepada Sang Garuda.
Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mengesan kelemahan Filipina yang dibolosi dari set piece berbanding daripada permainan terbuka.
“Justerud sebaliknya, saya yang harus bertanya mengapa Filipina bolos dari situasi set piece semuanya dan bukan dari open play?” soal Tae-yong.