‘Arif Aiman 2.0’ Dalam Pembikinan Di Kelantan
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Bakat hebat seperti Arif Aiman kini sedang digilap dengan begitu baik di Kelantan.

Baru-baru ini, aksi antara Kelantan Darul Naim (KDN) dan JDT menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan besar 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Bakat baru yang menyerlah telah dipertaruhkan oleh Park Jae-hong apabila meletakkan pemain muda Syahir Abdul Rashid dalam kesebelasan utama.

Ad

Beliau diberi kepercayaan untuk beraksi selama 90 minit dan berdepan dengan pemain seperti Nazmi Faiz dan Iker Undabarrena pada posisi tengah Harimau Selatan.

Kelantan DN memberikan kepercayaan penuh kepada Syahir untuk memgembangkan potensinya menerusi minit permainan yang diperoleh di atas padang bersama pasukan Pantai Timur itu.

Ad

“Umur yang sama tetapi tahap dan potensi mereka sangat berbeza. Syahir, merupakan bakat dari Kelantan yang telah mendapat tempat dalam Liga Super.

Ad

Kelab juga berharap agar bakatnya dapat dikembangkan agar dapat menghampiri kualiti yang dimiliki oleh tonggak JDT itu.

Ad

“Jika digilap sebaiknya, mungkin pemain ini boleh menyinar seperti Ariff Aiman pada tahun akan datang,” ujar kenyataan kelab.

Syahir telah beraksi 8 perlawanan pada musim ini dan mencatatkan penilaian tertinggi berdepan Penang dan juga Perak.

Beliau juga sudah menyumbang satu jaringan tetapi tidak cukup untuk membantu Kelantan DN keluar dari kedudukan tercorot Liga Super.