Tak Termakan Pujian, Arif Aiman Bakal Jadi Taruhan Terbaik JDT Di Pentas ACL
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Khidmat pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dijangka terus menjadi sandaran utama menjelang perlawanan pembukaan di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang bermula esok.

Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun lalu ini berjaya mengekalkan persembahan konsisten sejak musim lepas apabila beliau terus menjadi sandaran pasukan pada musim ini.

Beliau yang kini baru berusia 19 tahun beraksi dengan cukup baik selain memanfaatkan peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, Benjamin Mora setiap kali diturunkan.

Advertisements

Malah, aksi bertenaga dan tidak reti penat Arif seringkali menjadi mimpi ngeri buat barisan pertahanan yang mahu mengekang asakannya.

Pemain kelahiran Maran, Pahang ini turun dalam kesemua perlawanan saingan Liga Super musim ini sebagai pemain utama pasukan.

Bukan itu sahaja, dalam 4 perlawanan awal, beliau telah pun mencatat rekod yang amat baik apabila telah pun melakukan 5 bantuan gol setakat ini.

Advertisements

Persembahan konsisten Arif sama ada di pentas liga dan juga bersama pasukan kebangsaan telah menjadikan beliau sering mendapat tempat bersama pasukan.

Kini, beliau dijangka sekali bakal mengemudi jentera pasukan JDT dalam usaha untuk melalui kempen yang memberangsangkan dalam saingan pentas Asia kali ini.

JDT bakal memulakan saingan esok menentang cabaran Guangzhou Evegrande dalam usaha untuk meraih mata berharga buat pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram