Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Arif Aiman memberikan bayangan bakal terus kekal bersama gergasi bola sepak tanah air itu.
Nama Arif Aiman sebelum ini menjadi bualan peminat bola sepak tempatan selepas sebuah portal dari Korea Selatan, Add On Time mengaitkan beliau bersama Jeonbuk Hyundai.
Spekulasi yang timbul tersebut telah mencuri perhatian ramai ketika mana ramai melihat ini peluang terbaik buat Arif Aiman kembangkan kerjaya dan ada pula yang menganggap ini tak lebih dari khabar angin
Menerusi satu hantaran di laman Instastory beliau, Arif Aiman memuat naik sekeping foto ketika beraksi bersama JDT serta sebuah kapsyen yang memberi bayangan akan terus kekal di sana.
”Sentiasa selamanya,” tulis Arif Aiman beserta emoji hati berwarna merah biru yang sinonim dengan JDT.

Untuk rekod, Arif sudah pun terlibat dalam 17 jaringan yang dihasilkan oleh JDT dalam saingan Liga Super musim 2025-26 ini meskipun beliau sedang berada dalam fasa pemulihan.