ACL Jadi Tempat Arif Aiman Buktikan Kebolehan Tak Masuk Akal Depan Kim Pan-gon
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus mempamerkan kualiti sebenar di hadapan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon ketika menang besar menentang Guangzhou FC sebentar tadi.

Arif yang baru sahaja berusia 19 tahun kini terus menjadi ayam tambatan buat pasukan Harimau Selatan selepas kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada beliau.

Ad

Pada perlawanan pertama pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu ini diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Ad

Beliau ternyata berada dalam kelas tersendiri apabil menjadi watak penting pasukan kendalian Benjamin Mora untuk menjaringkan 3 gol pada babak pertama.

Kemampuannya untuk menewaskan barisan pertahanan lawan selain gerakan lincahnya yang sukar dibaca telah memberi kelebihan yang cukup besar buat JDT.

Ad

Pemai kelahiran Maran, Pahang ini cemerlang mengemudi bahagian kanan pasukan untuk melakukan beberapa hantaran berkualiti bagi mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Ad

Hasilnya, tiga gol masing-masing daripada gandingan Fernando Forestieri dan juga Bergson yang meledak dua gol bermakna pada babak pertama.

Ad

Konsistensi Arif dalam saingan liga terus dikekalkan dalam saingan pentas tertinggi di Asia ini menerusi aksi cemerlang ini.

Kelincahan Arif sering mengkucar-kacirkan barisan pertahanan selain visinya yang baik amat membantu barisan serangan pasukan.

JDT menamatkan perlawanan menentang Guangzhou FC dengan kemenangan besar 5-0 sekaligus meraih 3 mata permata.