Arsenal Dilaporkan Ingin Dapatkan Harry Maguire
Dunia
talkSPORT
Advertisements

Arsenal telah menunjukkan minat untuk membawa pemain pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire ke Stadium Emirates pada musim panas ini. Jika ianya menjadi kenyataan, pastinya bakal menjadi kejutan yang besar buat penyokong Arsenal dan Manchester United.

Kapten pasukan ‘Red Devils’ itu telah mendapat kritikan yang sangat hebat musim ini dek kerana persembahannya yang tidak meyakinkan. Bukan sahaja itu, banyak pihak yang mempersoalkan kelayakannya untuk menerajui kelab sebesar Manchester United sebagai kapten pasukan.

Khabar angin juga bertiup kencang mengenai usaha pihak kelab untuk mencari pengganti pertahanan kelahiran Sheffield itu.

Advertisements

Dengan menyaksikan Maguire yang hampir pasti menuju jalan keluar dari Old Trafford, beliau dikhabarkan berjaya menambat hati pengendali Arsenal, Mikel Arteta untuk menandatanganinya. Menjadi seorang kapten pasukan Manchester United dan berhijrah ke ‘rival’, pastinya perkara ini akan jadi lebih mengejutkan.

Menurut media, Arteta melihat pemain antarabangsa England itu sebagai tambahan yang sempurna buat barisan pertahanan Arsenal. Kehadiran Maguire bakal menyaksikan beliau bakal bergandingan bersama rakan senegaranya, Ben White.

Pemain 29 tahun itu juga bakal menambah sesuatu dari segi aspek kepimpinan dalam pasukan dan pengalaman luas yang dimiliki Maguire sangat diperlukan dalam membimbing pemain-pemain muda Arsenal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram