“Arsene Wenger Kalah Perlawanan Ke-1000 6-0” – Jurgen Klopp
Dunia
Fabrizio Romano
Advertisements

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp boleh menghela nafas lega selepas diikat 0-0 dengan Chelsea untuk perlawanan ke-1000nya. Atas sebab itu juga, beliau melihat dirinya lebih bernasib baik daripada Arsene Wenger yang dimalukan pada perlawanan ke-1000 kariernya.

Klopp merujuk kepada kekalahan besar 6-0 Arsenal di tangan Chelsea pada musim 2013-2014. Walaupun itu merupakan perlawanan ke-1000 buat Wenger, beliau merujuk memori perlawanan tersebut sebagai satu mimpi ngeri.

“Saya suka dengan permulaan separuh masa pertama dan awal separuh masa masa kedua, ia sangat bagus dan kita sepatutnya memanjangkan lagi detik-detik sebegini.

Advertisements

“Kita ada detik-detik di mana kita bermain baik. Bagi saya itu sudah jelas, anda perlu bersedia melakukan langkah-langkah kecil dan ini merupakan satu langkah kecil.

“Saya menjangkakan kemajuan dan daripada perlawanan terakhir liga (menentang Chelsea semalam), itu memang satu kemajuan. Itu yang penting,” kata Klopp dalam sidang media pasca-perlawanan semalam.

Dan ini disusuli dengan komen Klopp yang ringkas tetapi tajam terhadap Wenger, “Arsene Wenger kalah perlawanan ke-1000 6-0, jadi saya agak gembira itu tidak berlaku.”

Advertisements

Bagaimanapun, komen tersebut mengundang rasa tidak puas hati ramai penyokong Arsenal yang menganggap pengurus Jerman itu tidak menghormati pengurus legenda mereka.

Perlawanan tersebut menyaksikan Samuel Eto’o, Andre Schurrle, Eden Hazard, Oscar dan Salah menyumbat gol untuk tuan rumah. Selain dibolosi enam gol, Gunners turut kehilangan Kieran Gibbs yang dibuang padang dalam perlawanan sama.

Ironinya, kapten Gunners pada perlawanan itu ialah Mikel Arteta. Kini, beliau mengepalai cabaran Arsenal sebagai pengurus untuk merebut gelaran EPL musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram