Dunia
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Ashaari Shamsuddin dilaporkan tidak menyambung kontraknya bersama Terengganu FC bagi musim ini.

Pemain yang digelar ‘Silent Killer’ dan juga merupakan pemenang kasut emas Liga Super 2010 itu telah ditawarkan kontrak baru oleh Terengganu FC tetapi telah menolaknya, sekaligus menoktahkan perjalanan karier lebih 15 tahun dalam arena bolasepak tempatan.

Berikutan berita ini, telah meresahkan peminat Terengganu FC yang mahu kelibat pemain yang turut dinamakan ‘Saha’ ini terus beraksi bersama skuad penyu.

Advertisements

Menurut presiden kelab penyokong Terengganu (PETEH), beliau berpendapat pemain kebangsaan berusia 35 tahun itu masih lagi berbisa untuk memburu jaringan selain berpengalaman luas dalam arena bola sepak negeri dan kebangsaan.

AS Ashaari Shamsuddin Gantung 'Boot'?
Ashaari digelar ‘Saha’ oleh penyokong Terengganu

“Jika pemain itu meneruskan niat untuk bersara dalam arena bola sepak, saya lihat ia satu kerugian buat pasukan Terengganu khususnya, kerana pemain itu masih lagi berbisa di padang.

“Selain itu saya lihat pemain itu begitu disiplin sama ada di padang ataupun luar padang selain bakat yang ada, ia sebenarnya umpama serampang dua mata buat pasukan khususnya kepada pemain muda untuk mengikut jejaknya sebagai pemain berkaliber.

Advertisements

“Justeru saya harap pemain itu dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) duduk bincang semula selain mengharapkan Ashari mempertimbangkan semula hasratnya untuk bersara kerana khidmatnya masih diperlukan pasukan,” ujar Presiden PETEH, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris.

Ashaari dilaporkan masih belum menjawab surat tawaran daripada PBSNT untuk menyarung jersi pasukan kendalian Nafuzi Zain itu sekaligus mengundang persoalan buat kem TFC dan juga peminat setia skuad itu sama ada Ashari benar-benar mahu mengantung but ataupun mempunyai masalah dalaman dengan PBSNT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram