Ashton United Mahu Pinjam Haaland 28 Hari
Dunia
Manchestercity
Advertisements

Kelab daripada Utara England, Ashton United dilaporkan mahu meminjam penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland selama 28 hari.

Ashton United telahpun mengesahkan bahawa mereka telah menghantar tawaran rasmi kepada Manchester City menerusi sepucuk surat.

Menurut kenyataan dikeluarkan, Ashton United mahu membantu penyerang tersebut untuk terus mengekalkan tahap kecergasanya semasa Liga cuti rehat Piala Dunia nanti.

Advertisements

Jurulatih Ashton United, Michael Clegg yakin Erling Haaland sangat sesuai untuk corak permainan pasukannya, jelas kenyataan tersebut.

Kelab Ashton United beraksi di Liga bukan Perdana Inggeris, yang berada di kasta ketujuh Liga di England, Utara.

Setakat ini, Ashton United mengesahkan bahawa masih tiada jawapan daripada Manchester City dan mereka berharap kedua-dua pihak, Erling Haaland dan Manchester City bersetuju dengan terma dan permintaan mereka.

Advertisements

Ashton United merupakan sebuah kelab kecil yang beroperasi di Ashton-under-Lyne, Greater Manchester yang terletak hanya 11 kilometer dari Stadium Etihad dan 16 kilometer dari Old Trafford.

Bersama Manchester City, Erling Haaland telah menjaringkan 18 gol selepas membuat 13 penampilan sekaligus menjadi pemain bola sepak paling cepat menjaringkan banyak gol dalam satu musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram