Dunia
PAU FC
Advertisements

Seperti dijangka pemain tersohor Vietnam, Nguyen Quang Hai secara rasmi diperkenalkan oleh Pau FC sebagai anggota baharu pasukan menjelang aksi sepak mula musim 2022/2023 saingan Ligue 2 di Perancis.

Sejurus pihak Pau FC memuat naik gambar Nguyen Quang Hai secara rasmi, peminat bola sepak Vietnam terus menyerbu laman sosial kelab itu sehingga merekodkan kenaikan mendadak bilangan pengikut Facebook kelab yang berpangkalan di Beam itu.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh ZingNews, bilangan pengikut Facebook Pau FC melonjak lebih 450% dan sehingga kini masih lagi belum reda. Angka asal dikatakan berada sekitar 26,000 sahaja, namun ketika artikel ini ditulis ia sudah mencecah 120,000!

Advertisements
290799787 5697410496938088 7020172607491622675 n 'Askar' Vietnam Serbu Facebook Pau FC Sejurus Nguyen Quang Hai Diperkenalkan Secara Rasmi

Berusia 25 tahun, Nguyen Quang Hai sebelum ini hanya beraksi untuk kelab Hanoi FC selama 7 musim sebelum membuat keputusan ke Perancis untuk mencabar dirinya dalam aksi liga yang lebih kompetitif dan berkualiti di eropah.

Penghijrahan ini dilihat bakal menguntungkan pasukan kebangsaan Vietnam yang turut akan beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 tidak lama lagi. Pengalaman serta pendedahan yang akan diperolehi Nguyen Quang Hai pasti menggembirakan Park Hang-seo.

Baca juga artikel ini untuk lebih maklumat lanjut – “Tak Kisah Kerja Keras Dan Bermula Semula.

Advertisements

Musim lalu, Pau FC menamatkan kedudukan Ligue 2 ditempat ke-10 dari 20 pasukan bertanding mengutip 49 mata dari 38 perlawanan keseluruhannya.

Ligue 2 bakal mencecah edisi ke 84 akan bermula pada 30 Julai 2023 sehingga 3 Jun 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram