Asnawi Bakal Sertai Jeonnam Dragons?
Dunia
goal.com
Advertisements

Selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Jeju United, Asnawi Mangkualam dikaitkan dengan satu lagi kelab Liga Korea 2, Jeonnam Dragons. Dan difahamkan bek kanan Indonesia secara dasarnya bersetuju menyertai kelab itu.

Menurut laporan portal Chosun, Asnawi hanya perlu melepasi ujian perubatan sebelum menyertai skuad Jeonnam di Changwon untuk sesi pra-musim. Kehadiran bekas bek kanan PSM Makassar itu dilihat solusi kepada posisi bek kanan yang dianggap bermasalah untuk pasukan berkenaan.

Asnawi bukan sekadar menyokong pertahanan dengan baik di sebelah kanan. Malah, dia juga tidak keberatan untuk naik dan membantu serangan pasukan baik di peringkat kelab mahupun pasukan kebangsaan.

Advertisements

Tiba di Ansan Greeners pada 2021 atas saranan jurulatih pasukan kebangsaan Shin Tae-yong, Asnawi dilihat tiada masalah menyesuaikan diri dengan kelab itu dan permainan Liga Korea 2.

Sepanjang bersama Greeners, dia merekodkan 40 penampilan dengan dua gol dan tiga bantuan gol. Disebabkan prestasi cemerlangnya bersama Greeners dan Timnas Indonesia, Asnawi menjadi buruan beberapa kelab termasuk Jeonnam.

Perpindahan ini dijangka bakal memberi kesan positif dari segi komersial kepada Jeonnam. Ini kerana ramai penyokong Indonesia mengikuti rapat perkembangan pemain mereka di luar negara termasuk Asnawi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram