Asraruddin Putra Omar Bakal Kembali Semula Ke Selangor?
Dunia
Advertisements

Bekas tonggak pertahanan Selangor, Asraruddin Putra Omar kini dikatakan bakal kembali semula bermain untuk Selangor.

Pemain yang berusia 32 tahun itu kembali mendapat perhatian apabila kelibatnya dikesan berada di pusat latihan skuad Selangor sekaligus menguatkan khabar angin akan menyarung jersi Gergasi Merah dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Menurut gambar terbaharu yang dikongsi oleh laman twitter Footy Selangor itu, Asraruddin kini berambut panjang dan sedang giat menjalani latihan bersama skuad kendalian B. Satiananthan itu.

Advertisements
Kelibat Asraruddin (berambut panjang) sedang berlatih bersama pemain Selangor

Asraruddin merupakan sebahagian daripada pemain Selangor pada tahun 2007 hingga 2013 sebelum berhijrah untuk menyertai JDT pada tahun 2014. Sepanjang bersama JDT, beliau telah meraih kejuaraan Liga Super sebanyak tiga kali (2014, 2015, 2016).

Bagaimanapun, beliau tidak sempat membantu JDT menjuarai Piala AFC pada tahun 2015 buat kali pertama dalam sejarah dan tempatnya ditukar kepada Fazly Mazlan.

Namun begitu, kecederaan yang dihadapi dan kurang masa bermain membuatkan pemain tersebut akhirnya disisihkan dari skuad JDT dan ditamatkan kontrak pada akhir musim 2016.

Advertisements

Selepas itu, beliau dilaporkan menyertai Pulau Pinang pada tahun 2017 sebelum berehat daripada aksi Liga Malaysia selama 2 tahun sambil menguruskan kedai gunting rambut miliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram