Dunia
IG stlcitysc
Advertisements

Pemain yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal telah menunjukkan aksi yang membanggakan bersama kelab baharunya iaitu St. Louis City SC dalam saingan MLS Next Pro.

Untuk pengetahuan semua, MLS Next Pro adalah Liga Simpanan yang merupakan satu jalan terbaik untuk beraksi di liga utama Amerika Syarikat iaitu Major League Soccer (MLS).

Dalam perlawanan pembukaan St. Louis City SC 2 menentang Rochester New York FC, Wan Kuzain diletakkan dalam kesebelasan utama. Beliau menjaringkan gol dan membantu kemenangan buat kelabnya dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Wan Kuzain juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Pastinya dengan prestasi yang baik itu, para penyokong bola sepak negara berharap bahawa satu hari nanti, nama Wan Kuzain akan dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Ayah kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kamal baru-baru ini ada memuat naik satu status di laman Facebook berkenaan Wan Kuzain dan beberapa pertanyaan berkenaan Wan Kuzain bersama Harimau Malaya telah dijawab.

Advertisements

Seorang pengikutnya bertanyakan untuk Wan Kuzain beraksi bersama Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia tahun ini.

Jawapan yang diberikan Wan Kamal adalah “Boleh ajak main macam tu (saja) ke? Coach (jurulatih) yang kena ‘invite’ atau call-up (panggilan ke skuad kebangsaan), bukan (tugas) pemain.

Manakala seorang lagi pengikutnya ada meninggalkan komen yang mana menunggu Wan Kuzain berada dalam skuad kebangsaan tahun ini. Wan Kamal membalas komen tersebut dengan memberitahu bahawa jurulatih Kim Pan-gon tidak mengenali Wan Kuzain.

Advertisements

Walau apa pun komen yang diberikan, pastinya barisan kejurulatihan baharu di bawah pengendali Kim Pan-gon akan meneliti kesemua pemain dari segenap aspek bagi menyarung jersi Harimau Malaya.

Diharapkan Wan Kuzain terus menampilkan aksi terbaik di Amerika Syarikat dan konsisten dalam setiap perlawanan dalam usaha untuk menambat hati Kim Pan-gon sekali gus menyarung jersi keramat Harimau Malaya.

Wan Kamal komen Ayah Wan Kuzain Dedah Mengapa Anaknya Tidak Tersenarai Mewakili Malaysia
Wan Kamal membalas komen pengikutnya di Facebook. (Kredit: Facebook Wan Kamal)

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram