Azam Azih Mohon Maaf, Rakan Sepasukan Bagi Kata-kata Semangat
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah kebangsaan, Muhamad Nor Azam bin Abdul Azih (Azam Azih) memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kesilapannya ketika beraksi bersama Malaysia menentang Thailand.

Dalam aksi pertama Malaysia di King’s Cup 2022, Malaysia berjaya menewaskan Thailand menerusi sepakan penalti selepas seri 1-1 selepas 90 minit permainan tamat.

“Minta maaf semua, saya dah cuba yang terbaik tapi hilang fokus minit akhir.

Advertisements

“Terima kasih keluarga dan pasukan bagi kata-kata semangat.

“Komen-komen positif dan negatif semua akan jadi pembakar semangat saya untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” tulis Azam Azih di Instagramnya.

Sementara itu para pemain Malaysia yang lain bersatu dan tidak mahu Azam Azih merasa terbeban dengan kesilapannya itu dan mahu pemain berumur 27 tahun itu segera bangkit melupakan kejadian tersebut.

Advertisements

“Tak perlu minta maaf. Kita looking forward. Azam masih 🔥🔥🔥,” tulis Syafiq Ahmad.

Setakat jam 3:40 pagi ini, pemain Malaysia yang lain seperti Syafiq Ahmad, Dion Cools, Safawi Rasid, Darren Lok, Brendan Gan, dan Faisal Halim memberikan kata-kata semangat kepada Azam yang dilihat agak tertekan dengan kesilapannya sewaktu perlawanan hampir menuju tiupan wisel penamat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram