Azmeer Yusof Amik Keputusan Tinggalkan BRM FC
Dunia
Instagram Official BRM FC
Advertisements

Bekas pemain Kedah FC, Azmeer Yusoff mengambil keputusan untuk tinggalkan pasukannya Budak Rumah Murah (BRMFC) kerana komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini, Azmeer pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Super seperti Kedah dan Kuala Lumpur sebelum kembali ke Liga M3 menyertai pasukan BRM FC pada hujung tahun lepas.

Difahamkan, rakan sepasukannya iaitu Fitri Omar turut meninggalkan BRM FC atas faktor tertentu seperti yang dinyatakan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal.

Advertisements

Untuk rekod, Azmeer membuat penampilan sebanyak 6 perlawanan bersama BRM FC dan kali terakhirnya beliau beraksi adalah ketika BRM FC tewas dengan jaringan yang besar menentang Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram