Azraai Khor: Bukan Kerja Mudah Buat Safawi Rasid Di Thailand
Dunia
TNP
Advertisements

Jurulatih bola sepak berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah menyatakan bahawa bukan kerja yang mudah buat Safawi Rasid bagi mendapatkan tempat dalam kelabnya di Thailand, namun beliau perlu lebih bekerja keras lagi untuk bersaing.

Beliau menjelaskan terdapat beberapa perkara yang penting yang harus dilakukan apabila sudah berubah arah terutama ketika mewakili negara antaranya adalah memastikan produktiviti diri kembali ke satu fasa yang lebih baik.

Azraai juga menasihati Safawi supaya lebih bersedia mengharungi situasi yang mencabar apabila dipinjam ke kelab Thailand, Ratchaburi FC iaitu berjauhan dengan isterinya Syifa Melvin. 

Advertisements

“Perkara utama apabila tukar haluan adalah memastikan prestasi kembali ke tahap optimum dan tampil lebih meyakinkan kelak terutama ketika mewakili negara.”

“Saya melihat cabaran yang bakal dihadapi bukan hanya perlu bersaing dengan pemain lain apabila beraksi dengan kelab Thailand itu, namun lebih kepada perlu menerima keadaan berjauhan dengan isterinya,” ujarnya kepada Harian Metro.

“Seperti sedia maklum, kelab Thailand dibarisi pemain hebat termasuk import, sekali gus bukanlah kerja mudah untuk Safawi mendapat tempat dalam pasukan,” katanya.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa 2 pemain daripada JDT iaitu Safawi Rasid dan Moussa Sidibe secara sah telah dipinjamkan ke pasukan Thailand, Ratchaburi FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram