Azraai Khor Puji Kim Pan-gon, Puas Hati Dengan Corak Permainan Harimau Malaya
Dunia
NST
Advertisements

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah jelas berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buah Kim Pan-gon apabila skuad bimbingannya berjaya menundukkan Filipina 2-0 pada aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, Rabu lalu.

Namun, hasrat Pan Gon untuk melakar kemenangan kedua tidak kesampaian selepas skuad kebangsaan tumbang 2-1 di tangan Singapura pada aksi ‘Tetangga Seberang Tambak’ di venue sama, kelmarin.

Jurulatih yang berusia 70 tahun itu akui Pan-gon bekerja keras untuk meletakkan skuad Harimau Malaya ke peringkat yang lebih baik. Azraai juga memuji barisan pemain yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan corak permainan yang berbeza ketika menentang kedua-dua pasukan.

Advertisements

“Cukup setakat dua perlawanan pertama ini, kita tengok pun selesa dan seronok juga. Ada tanda positif daripada segi sikap terhadap permainan, persiapan dan kita nampak memang ada kemajuan.”

“Seperti perlawanan kelmarin (lawan Singapura), kita kalah tetapi ada kesungguhan yang ditunjukkan oleh barisan pemain kita. Jadi, perkara ini sesuatu yang positif untuk skuad kebangsaan,” jelasnya.

“(Perlawanan pertama menang, perlawanan kedua kalah) Perkara ini memang berlaku, contohnya semalam (kelmarin), kita ada peluang depan gol tetapi tidak dimanfaatkan manakala Singapura pula menggunakan peluang yang mereka ada.”

Advertisements

Dalam pada itu, Azraai turut memberi rating secara keseluruhan permainan kepada Kim Pan-gon dan ada banyak lagi perkara yang harus beliau perbetulkan untuk mengubah struktur permainan pasukannya.

“Secara keseluruhan, ada perubahan dari segi corak permainan khususnya dari segi ‘urgency’ dan kesungguhan pemain. Kalau tanya saya berapa rating yang boleh diberikan, saya letak 7/10,” katanya kepada BH Sukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram