Azrif Nasrulhaq Perkuat Kesebelasan Sri Pahang
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas kempen hambar dalam Liga Malaysia musim lepas, Sri Pahang mula menggerakkan beberapa perpindahan menarik. Selepas Fadhli Shas dan Izham Tarmizi Roslan, giliran Azrif Nasrulhaq pula menyertai pasukan Tok Gajah itu.

Seperti perpindahan Izham Tarmizi, Azrif dipinjam selama semusim oleh Sri Pahang dari JDT. Perpindahan kedua-dua pemain ini diumumkan Sri Pahang dalam laman media sosial mereka hari ini.

Kehadiran bek kanan berpengalaman berusia 31 tahun ini dijangka akan memperkuat barisan pertahanan Sri Pahang. Azrif bakal bergandingan semula dengan Fadhli dan Muslim Ahmad yang mengisi slot bek tengah dengan Izham Tarmizi menjadi penjaga gol utama.

Advertisements

Selain beraksi sebagai bek kanan, Azrif juga berupaya untuk naik ke hadapan sebagai pemain sayap kanan atau mengisi slot bek kiri sekiranya perlu.

Walaupun menjadi sebahagian daripada skuad JDT sejak 2016, musim lepas menyaksikan Azrif lebih kerap diturunkan bersama JDT II. Justeru, dengan menyertai Sri Pahang secara pinjaman, ia diharap dapat memberi nafas baru kepada karier permainannya.

Advertisements

Kehadiran tiga pemain JDT ini bukan bermakna urusan perpindahan Sri Pahang sudah berakhir. Sebaliknya, difahamkan skuad Tok Gajah semakin hampir mendapatkan bekas pemain import Terengganu dan Kedah, Kpah Sherman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram