B. Sathianathan Beri Nasihat Kepada Kim Pan-gon
Dunia
Berita Harian
Advertisements

Pengarah teknikal pasukan Sarawak United FC, B. Sathianathan menitipkan nasihat kepada pengendali baharu pasukan negara, Kim Pan-gon sebelum memulakan tugas mengendalikan skuad negara.

Bekas jurulatih pasukan Selangor FC itu merasakan bahawa jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu harus harus memahami budaya Malaysia secara keseluruhan terlebih dahulu menerapkan ‘falsafah’ permainan Korea secara keseluruhannya.

‘Dia mesti memahami budaya dan pemain kita. Mesti ada hubungan emosi dengan pemain tempatan.’

Advertisements

‘Dia tidak sepatutnya memikirkan segala-galanya tentang Korea ketika melatih kerana dinamik pemain Korea Selatan dan Malaysia sama sekali berbeza.’

Ulas beliau, Pan-gon haruslah menjadi sumber motivasi dan memberi bimbingan kepada para pemain untuk terus memberikan segalanya bersama Harimau Malaya.

“Dia sepatutnya memberi motivasi kepada pemain kita untuk memberikan yang terbaik. Saya juga berharap dapat melihat perbezaan dalam sistem permainan kita dan pemilihan pemain yang betul,” kata Sathianathan kepada Majoriti.

Advertisements

Sathia juga menegaskan terdapat perbezaan yang ketara antara budaya Korea dan juga Malaysia yang menyebabkan beliau merasakan segalanya memerlukan masa buat Harimau Malaya.

‘Dari segi kecergasan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Jika badan memang tidak boleh berlari sepanjang hari, anda tidak boleh berharap untuk mengubahnya dalam empat hingga lima hari sebelum perlawanan. Kita bukan seperti orang Korea.’

‘Sejak muda, kanak-kanak Korea Selatan menjalani pendidikan jasmani setiap hari yang membangunkan stamina dan fizikal mereka. Kita hanya buat seminggu sekali.’

Advertisements

‘Pemain kita hanya mendapat latihan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada pasukan Piala Belia dan Presiden.’

‘Tetapi sekarang keadaan berubah dengan kemunculan akademi sepenuh masa, jadi kita akan melihat perubahan pada tahun-tahun akan datang.’

Pan-gon dijangka akan memantau prestasi pemain dalam liga sebelum membuat pemilihan pemain menjelang kelayakan Piala Asia 2023 Jun nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram