B. Sathianathan: Silap-Silap KL City Boleh Menang
Piala Malaysia
MFL
Advertisements

Bekas pengendali skuad kebangsaan, B. Sathianathan menyifatkan Johor Darul Ta’zim sebagai pasukan yang kuat namun turut percaya kepada kekuatan ‘kilat’ dimiliki Kuala Lumpur City.

“Johor Darul Ta’zim memang pasukan pilihan, namun Kuala Lumpur City bagi saya agak berbahaya terutamanya dalam serangan kilat mereka. Silap-silap KL City boleh menang”.

“Johor Darul Ta’zim ini kita tak boleh nak cakaplah, mereka memang seolah ada dua pasukan yang seimbang dan sama kuat. Maksudnya kekuatan skuad utama sama dengan pemain dibangku simpanan yang bila-bila masa saja boleh dimasukkan.” Jelas Sathianathan kepada Harian Metro / Firdaus Hashim.

Advertisements

“Tetapi apa yang menariknya tentang KL City ini adalah cara permainan mereka. Skuad ini gemar bertahan dan memang kebal apabila menyerap asakan lawan.”

Beliau turut menambah berkenaan taktikal dan corak permainan Kuala Lumpur City yang disifatkannya berbahaya dan sukar diramal.

“Tapi yang bahayanya (berkenaan KL City) apabila mereka secara tiba-tiba dari bertahan pemain KL City akan cepat melakukan serangan balas ke kubu lawan dan Romel Morales, J Partiban dan Paulo Josue cukup bahaya.”

Advertisements

“Bagi saya ia satu perlawanan yang menarik dan mungkin akan ada elemen kejutan di perlawanan akhir nanti.” Tambah beliau kepada Harian Metro.

Kuala Lumpur City menamatkan musim Liga Super 2021 di tangga ke-6 liga dan berjaya memperoleh 8 kemenangan dan 9 keputusan seri daripada 22 perlawanan dan berjaya mengejutkan pemerhati bola sepak selepas berjaya mara ke perlawanan akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram