Baddrol Bakhtiar Buktikan Beliau Wajar Dipanggil Ke Kem Kim Pan-gon
Dunia
Official Sabah FC
Advertisements

Perancang tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar terus menjadi watak penting buat pasukan Sabah apabila menampilkan persembahan yang cukup cemerlang pada malam ini.

Perlawanan kedua Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan antara pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee menentang PJ City berkesudahan dengan kemenangan buat Sabah dengan jaringan 3-1.

Namun begitu, aksi pemain tengah pasukan negara ini mengawal tempo permainan nyata memberi impak yang cukup besar apabila ketenangannya menjadi kunci buat pasukan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain berusia 33 tahun ini juga beraksi dengan cukup bertenaga menerusi hantaran-hantaran tepat untuk mencari rakan sepasukan di bahagian serangan.

Baddrol juga seringkali menyertai pasukan untuk melancarkan serangan apabila sesekali kehadiran beliau berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan PJ City.

Advertisements

Bekas lagenda Kedah ini membuktikan kemampuan sebenarnya apabila memanfaatkan peluang yang diperoleh daripada sepakan percuma.

Beliau melakukan satu hantaran yang cukup cantik ke dalam kotak penalti sebelum singgah di kepala pemain import, Jackson lalu menanduk masuk untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Advertisements

Beliau terus membuktikan kalibernya di atas padang menerusi satu hantaran dari sepakan sudut yang cukup berkualiti dan mudah ditanduk masuk oleh Neto untuk meletakkan Sabah 2-0 sebelum S. Kumaahran merapatkan jurang buat PJ City.

Sungguhpun beliau sudah pun berusia, namun pengalaman dan aksinya di atas padang membuktikan bahawa beliau masih mampu untuk beraksi dengan cukup bertenanga.

Advertisements

Baddrol juga memanfaatkan pengalaman dan kematangan aksinya bagi membantu Sabah untuk beraksi cemerlang pada malam ini.

Sabah mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 3-0 untuk memperoleh 3 mata pertama pada musim ini.

Baddrol dilihat masih menjadi antara pemain tengah yang boleh dipertaruhkan oleh Kim Pan-gon dalam usaha untuk membentuk skuad yang ampuh menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram