Badminton Asia Championship: Weikeng & Chang Leburkan Impian Juara Sze Fei & Nur Izzuddin
UltraSukan
Badminton Asia
Advertisements

Beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara Badminton Asia Championship 2024.

Ini selepas mereka tewas kepada regu nombor tiga dunia dari China, Liang Weikeng dan Wang Chang dalam aksi final.

Ramai peminat badminton Asia kagum dengan persembahan yang ditampilkan Sze Fei-Izzuddin sepanjang kejohanan. Ini termasuk mengalahkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di pentas separuh akhir semalam.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Weikeng-Chang menjanjikan cabaran lebih sukar buat regu ke-19 dunia itu. Menariknya, kedua-dua regu pernah bertemu pada saingan Perodua Malaysia Masters 2023.

Sze Fei-Izzuddin memberi tentangan sengit kepada juara China Masters 2023 itu sebelum tunduk 21-16, 11-21, 17-21.

Set pertama menyaksikan Weikeng-Chang menunjukkan keampuhan mereka apabila meraih kemenangan 21-17.

Advertisements

Sze Fei-Izzuddin bangkit pada set kedua dan berjaya mengalahkan regu China itu meskipun menerima sokongan penyokong. Mereka meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-15.

Ini memaksa perlawanan diheret ke set penentuan. Pada awalnya, Sze Fei-Izzuddin mendahului pada kedudukan 5-3.

Walau bagaimanapun, Weikeng-Chang berjaya mengejar sebelum mendahului pada kedudukan 13-6. Kedudukan tersebut terus dipertahankan sebelum mereka meraih kemenangan dengan keputusan 21-10.

Advertisements

Meskipun tewas, kejayaan ini dijangka melonjakkan Sze Fei-Izzuddin ke ranking ke-15 dunia. Ini juga bakal membakar semangat mereka menjelang kempen Thomas Cup 2024 yang bermula pada akhir bulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram