Badminton Asia Championship: Tiket Final Milik Izzuddin-Sze Fei, Tundukkan Aaron-Wooi Yik
UltraSukan
Badminton Asia
Advertisements

Saingan separuh akhir Badminton Asia Championship 2024 pada Sabtu menyaksikan Nur Izzuddin-Goh Sze Fei menempah tempat di perlawanan akhir setelah mengejutkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Kedua-dua pasangan negara ini bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir hari ini selepas berjuang hebat menewaskan lawan masing-masing pada aksi suku akhir semalam.

Di atas kertas, kelebihan jelas memihak Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kelima dunia selain turut mencatatkan enam kemenangan dalam tujuh pertemuan lalu berdepan Izzuddin-Sze Fei.

Advertisements

Set pertama menyaksikan permainan lebih kemas ditampilkan oleh Izzuddin-Sze Fei dalam mematikan setiap bulu tangkis dan mematahkan serangan yang dilancarkan Aaron-Wooi Yik.

Aaron dan Wooi Yik seakan buntu apabila setiap pukulan mereka berjaya dibalas lawan sebelum akhirnya tunduk di set pertama dengan keputusan 14-21 kepada Izzudin-Sze Fei.

Bersambung set kedua, aksi lebih sengit dipersembahkan dengan kedua-dua pasangan negara saling mengejar mata sehingga kedudukan terikat 10-10 pada suatu ketika di pertengahan set.

Advertisements

Pertahanan kental ditampilkan Izzuddin-Sze Fei selain bijak mencari ruang di belakang Aaron-Wooi Yik berjaya membantu beregu diranking ke-19 dunia ini meraih mata meskipun cuba dikejar oleh lawan.

Tamat aksi, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei cemerlang menundukkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-14, 21-18.

Kemenangan ini membawa Izzuddin-Sze Fei ke perlawanan akhir esok dan akan bertemu pemenang di antara wakil tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang atau pasangan Chinese Taipei, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Advertisements

Pasangan negara ini berada di prestasi terbaik pada kejohanan ini setelah mengejutkan beberapa lawan ternama seperti juara dunia 2023, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan dan juara Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram