Bakat Semulajadi ‘Budak Milo’ Tepi Padang Raih Perhatian
Dunia
Balrz.tv
Advertisements

Di media sosial Twitter, telah tular satu video aksi budak milo tenang menahan bola yang terkeluar dari padang menerusi sepakan jarak jauh penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan.

“First ball” pemuda itu sekaligus telah mendapat pujian ramai dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim 2023 antara Negeri Sembilan dan Terengganu yang berlangsung di Stadium Paroi.

Kejadian tersebut terjadi semasa Sikh Izhan mahu menyelamatkan bola daripada pasukan lawan mendapatkan sepakan penjuru dan terus menghantar bola sehingga keluar garisan tepat kepada pemuda itu lalu membuat satu tampanan menarik hingga meraih perhatian ramai di dalam stadium.

Advertisements

Pada kebiasaanya, petugas-petugas yang menjaga bola ini merupakan menuntut akademik bola sepak. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat remaja yang ditugaskan di tepi padang ini memiliki bakat tersendiri dalam bola sepak. Mungkin pemuda itu bakal menjadi pemain bola sepak suatu hari nanti.

Pertembungan antara dua pasukan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa bolos. Negeri Sembilan dan Terengganu kini dilihat serius membuat persiapan rapi pasukan menjelang sepak mula musim baharu kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram