Bangga Jadi Rakyat Malaysia, Sergio Aguero Keluar Mengundi
Dunia
Aguero.sergio16
Advertisements

Pemain naturalisasi, Sergio Aguero meluahkan rasa bangga menjadi salah satu daripada rakyat Malaysia yang bersama dapat melunaskan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. 

Ini merupakan kali pertama bagi pemain bola sepak Sri Pahang itu keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertempat di Sekolah Kebangsaan Semambu, Kuantan.

“Kali pertama saya mengundi dan ia bukan yang terakhir saya, Saya sebagai rakyat Malaysia yang bangga, Mari kita lakukan ini bersama-sama dan menjadikan Malaysia lebih baik,” katanya di laman sosiol Instagram milik beliau.

Advertisements

Penyerang berusia 28 tahun itu telah rasmi menjadi warganegara Malaysia tahun ini sebelum mengesahkan laporan itu di laman sosial Instagram miliknya pada 16 Sept 2022.

Sebelum ini, semasa beliau sudah dinaturalisasi beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Sri Pahang di atas usaha dan bantuan dalam proses naturalisasi beliau.

Selain itu, Aguero ada menyatakan bahawa destinasi yang kini telah menjadi tempat yang istimewa untuknya dan keluarga. Kemungkinan beliau akan menetap disini dalam masa yang lama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram