Ads
Dunia
Bola.com/M Iqbal Ichsan

Perlawanan persahabatan semalam menyaksikan pertembungan di antara pasukan Indonesia menentang pasukan Bangladesh yang berkesudahan tanpa jaringan 0-0 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut dominasi permainan anak buah Shin Tae-yong memang dilihat cukup-cukup baik. Namun, beberapa peluang Skuad Garuda untuk menjaringkan gol tidak dapat membolosi gawang Bangladesh.

Advertisements

Pasukan Garuda memperagakan permulaan aksi yang baik dimana seawal minit ke-11 permainan sudah ada serangan daripada Facruddin yang menanduk bola tepat ke arah gawang. Bagaimanapun tandukkan itu berjaya diselamatkan penjaga gol Bangladesh.

Advertisements

Advertisements

Hanya selang dua minit kemudian, Timnas Indonesia kembali mencipta peluang daripada Saddil Ramdani yang melepaskan tendangan kencang ke arah gol Bangladesh namun malangnya, ia sekali lagi diselamatkan penjaga gol lawan.

Banyak peluang gol yang diciptakan pasukan garuda ini hingga separuh masa pertama tamat dengan keputusan Indonesia 0-0 Bangladesh.

Advertisements

Pada minit ke-57 permainan Stefano Lilipaly membuat satu gerakan untuk membolosi pertahanan Bangladesh. Namun, Muhammad Rafli yang berjaya berpeluang meledak menerusi bola muntah itu gagal memanfaatkan peluang.

Selang 15 minit selepas itu, anak buah kendalian Shin Tae-yong mempunyai satu peluang menerusi Lilipaly, namun gerakannya dapat dibaca pemain Bangladesh sekaligus Lilipaly didapati terperangkap dalam kedudukan offside.

Pada minit-minit akhir permainan, Dimnas Drajad memiliki satu peluang emas menerusi Marc Klok, bagaimanapun sepakanya di luar kotak penalti tersasar tinggi.

Advertisements

Hingga separuh masa kedua tamat, pasukan garuda masih tidak dapat menghasilkan gol. Pasukan Bangladesh berjaya mengikat Indonesia tanpa jaringan, perlawanan tamat 0-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram