Dunia
Advertisements

Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde telah sah dipecat dan Quique Setien telah dilantik menggantikan jawatannya.

Masa depan Valverde menjadi subjek hangat seoanjang minggu ini. Ianya berikutan kekalahan Barcelona di tangan Atletico dalam Piala Super Sepanyol.

Sebelum ini, pihak Barcelona turut berbincang dengan Xavi Hernandez bagi menggantikan jawatan itu namun legenda Barca itu menolak tawaran itu kerana masanya belum sesuai.

Advertisements

Barcelona membuat keputusan untuk memecat Valverde selepas pengurus itu gagal meyakinkan ramai pihak.

Para penyokong Barcelona juga turut mendesak agar beliau dipecat yang dianggap tidak bagus dari segi taktikal sehingga para penyokong telah menaikkan banner ‘Valverde Out’ ketika berlangsungnya kejohanan Piala Super Sepanyol di Arab Saudi.

ERNESTO VALVERDE Barca: Valverde Digantikan Dengan Quique Setien
Valverde turut didesak oleh penyokong bagi dipecat

Meskipun Valverde memberikan 2 kejuaraan La Liga secara berturut-turut kepada Barcelona. Namun ia masih belum cukup untuk menjamin tempatnya di kerusi pengurus Barca.

Advertisements

Minggu lalu, pasukan Barcelona tersingkir daripada Piala Super Sepanyol, di separuh akhir menentang Atlético sekaligus terlepas untuk ke final.

Sebaik sahaja mengumumkan pemecatan Valverde, Barcelona terus mengumumkan pengurus baharu pasukan mereka iaitu Quique Setien yang akan memulakan tugas serta merta.

Quique Setien dianggap secocok dengan DNA Barcelona kerana gemarkan bola sepak ofensif dan juga ‘high tempo pressing.’

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram