Ads
Dunia
JUANJO MARTINEFE

Barcelona berjaya mengekalkan rentak kemenangan mereka apabila membelasah Real Madrid dalam perlawanan El Clasico dengan jaringan 4-0 di gelanggang Santiago Bernabeu. Barcelona mengakhiri rekod tanpa kalah Real Madrid sebanyak 9 perlawanan liga setelah kali terakhir Real Madrid kalah adalah pada awal Januari sewaktu menentang Getafe.

Advertisements

Real Madrid turun tanpa kelibat penyerang utama mereka iaitu Karim Benzema yang mengalami kecederaan. Barcelona pula menurunkan skuad terbaik mereka dengan formasi tipikal Xavi iaitu 4-3-3.

Advertisements

Barcelona meraih gol pertama pada minit ke 29 menerusi tandukan Aubameyang. Hantaran lintang daripada Ousmane Dembele mudah disempurnakan Aubameyang. Memasuki minit ke 38 perlawanan, sekali lagi Dembele melakukan bantuan jaringan menerusi sepakan sudut yang ditanduk masuk oleh Ronald Araujo.

Advertisements

Advertisements

Bersambung babak kedua, Ferran Torres menjaringkan gol ketiga pasukan apabila Aubameyang melakukan hantaran yang sedikit mengelirukan benteng pertahanan Real Madrid. Tidak sampai 5 minit kemudian, Aubameyang sekali lagi muncul sebagai penjaring apabila menjaringkan gol keempat.

Namun gol keempat Auba mengundang kontroversi kerana pemain Real Madrid menyatakan bahawa Ferran Torres berada dalam kedudukan offside. Gol tersebut bagaimanapun disahkan oleh pengadil setelah meneliti VAR.

Advertisements
Advertisements

Barcelona terus cemerlang memperbaiki kedudukan mereka dalam La Liga apabila kini menghuni tangga ketiga liga untuk mengejar Sevilla yang berada ditangga kedua. Real Madrid pula masih gah dipuncak liga dengan kelebihan 9 mata walaupun tumpas 4-0 kepada Barcelona.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram