Barcelona Melingkup Di Laman Sendiri
Dunia
ESPNFC
Advertisements

Pasukan gergasi Eropah, Barcelona gagal melayakkan diri ke separuh akhir saingan Liga Eropah selepas tewas 2-3 kepada Eintracht Frankfurt bagi perlawanan kedua suku akhir di Camp Nou.

Skuad kendalian Xavi hernandez itu tersentak dengan tiga jaringan awal yang dihasilkan oleh Filip Kostic dan Rafael Santos Borre Maury yang kekal sehingga minit 90 minit permainan.

Namun, pada masa tambahan separuh masa kedua akhirnya ketua pasukan Barcelona, Sergio Busquet berjaya memecah kebuntuan jaringan dan seterusnya gol kedua Barcelona dijaringkan oleh Memphis Depay menerusi sepakan penalti.

Advertisements

Barcelona gagal merapatkan kedudukan dengan jaringan ketiga, 12 minit masa tambahan tidak mampu mengubah apa-apa keputusan. Perlawanan kekal dengan jumlah agregat Barcelona 3-4 Eintracht Frankfurt.

Skuad kendalian Xavi Hernandez terpaksa pulang awal dan Eintrach Frankfurt akan bertemu pasukan gergasi daripada EPL, West Ham United bagi perlawanan separuh akhir Liga Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram