Dunia
Getty Images
Advertisements

Presiden Barcelona, Juan Laporta telah memaklumkan bahawa kelab tersebut sudah menyelesaikan 2 perpindahan pemain baharu bagi musim hadapan. Barcelona kini giat mencari pemain-pemain baharu bagi menyempurnakan rancangan pengurus baharu mereka, Xavi.

Laporta memberitahu bahawa seorang pemain tengah dan seorang pemain pertahanan sudah berjaya dibawa masuk kelab bagi mengharungi musim hadapan. Namun Laporta tidak dibenarkan menyebut nama-nam tersebut ekoran musim belum lagi tamat serta menghormati kontrak sedia ada pemain tersebut.

franckkessie Dalam Diam-diam Barcelona Sudah Tandatangan 2 Pemain Baharu
Frank Kessie

Walaubagaimanapun, wartawan sukan terkenal iaitu Fabrizio Romano telah mengesahkan bahawa 2 pemain tersebut ialah Frank Kessie dari AC Milan dan Andreas Christensen dari Chelsea. Hal ini berikutan Barcelona telah lama berhubung dengan kedua-dua pemain tersebut yang bakal tamat kontrak pada penghujung musim ini.

Advertisements
Christensen

Ini bermakna Barcelona berjaya mendapatkan 2 pemain secara percuma pada musim hadapan ekoran perlu menjaga status kewangan mereka yang sebelum ini terjejas teruk. Selain 2 pemain tersebut, seorang lagi pemain yang turut diawasi oleh Barcelona ialah Cesar Azpilicueta namun pemain berkenaan belum memberi kata akhir berkenaan masa hadapan beliau.

Barcelona turut mengintai bintang Leeds United, Raphinha yang kini dilihat sesuai dengan gaya permainan Barcelona namun klausa pelepasan pemain Leeds United itu membuatkan Barcelona belum menawarkan sebarang bidaan, Leeds diuar-uarkan meletakkan harga €75 juta buat Raphinha sekiranya kelab tersebut kekal di Premier League namun €25 juta sekiranya Leeds jatuh liga.

Prestasi memuaskan Adama Traore juga memberi bayangan bahawa Barcelona bakal menjadikan pemain tersebut pemain tetap mereka dan Barcelona bersedia melakukan pertukaran pemain antara Adama Traore dan Franciso Trincao kelak menurut Fabrizio Romano.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram