Baru Sehari Turun Berlatih, Dua Gol Rowley Mengejutkan Dollah Salleh
Liga Super
Sri Pahang FC Official
Advertisements

Pengendali Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh mengakui terkejut dengan sumbangan dua gol oleh David Rowley ketika pasukannya menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam aksi terakhir Liga Super 2022, pada Sabtu.

Rowley tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini ketika menentang JDT dan Sabah kerana mengalami kecederaan buku lali, malah dia juga tersisih daripada sesi latihan selama lebih dua minggu.

Menurut Dollah Salleh, pemain tengah berdarah kacukkan itu hanya melepasi ujian kecergasan saat akhir untuk diturunkan dan dia memuji sumbangan pemain itu.

Advertisements

“Memang saya pun tak sangka dia boleh skor dua gol, dia dah lama tak training, sejak daripada perlawanan menentang Sarawak, kerana kecederaan buku lali.

“Semalam (Jumaat) baru mula turun balik latihan, itupun dia ambil painkiller (ubat tahan sakit) sebagainya untuk beraksi malam ini. Syukur dia dapat skor dua gol, malah hampir menjaringkan hatrik. Itu kelebihan dia, apabila kita bagi main dia jarang menghampakan,” ujar Dollah Salleh.

Rowley menjaringkan gol pada minit ke-27 dan 48 untuk membantu Sri Pahang mengakhiri kempen musim ini dengan kemenangan yang membantu mereka melonjak ke tangga ketujuh liga.

Advertisements

Malah pemain itu hampir sahaja melengkapkan hatrik pada minit ke-60 namun rembatan kencangnya dari dalam kotak penalti diselamatkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi.

Boleh dikatakan corak permainan ditunjukkan skuad tok gajah meningkat sangat jauh dalam beberapa perlawanan terakhir dan mereka kelihatan cukup dominan apabila memegang bola.

“Sebenarnya masa game lawan Sabah pun kita dah bermain dengan cukup baik, cuma kita melepaskan peluang jaringan dan buat kesilapan tidak sepatutnya pada minit akhir.

Advertisements

“Malam ini berbeza, pemain dah tahu, bila mereka jaring gol dengan sendirinya mereka jadi lebih bersemangat, malah ketika minit akhir walaupun berada dalam tekanan masih nampak berdisiplin. Samassa juga memainkan peranan penting, banyak selamatkan percubaan lawan,” ujar Dollah lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram