Bayern Munich ‘Hukum’ Pemain Yang Berani Sokong Palestin
Eropah
Bundesliga
Advertisements

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich bertindak pantas selepas pemainnya, Noussair Mazraoui membuat satu postingan di media sosial yang menyatakan solidariti ke atas negara Palestin.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak kelab mengenai isu tersebut. Pihak kelab telah menghubungi Mazraoui dan satu perbincangan yang lebih mendalam akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak mengenai isu tersebut.

Pihak pengurusan Bayern mengulangi komitmen mereka untuk menekankan solidariti kepada negara haram Israel dan menyifatkan apa yang berlaku adalah serangan pengganas kepada Israel dan bukannya Palestin.

Advertisements

“Semua orang, termasuk setiap staf dan setiap pemain, tahu nilai-nilai yang dipegang oleh FC Bayern. Kami telah pun mendedahkan nilai-nilai ini kepada umum dan dengan tegas menyatakannya (solidariti untuk Israel),” kata kelab itu.

Dalam masa yang sama, kenyataan yang dibuat Bayern Munich mencerminkan sikap berat sebelah lebih memihak kepada institusi barat. Mereka menggambarkan pejuang Palestin sebagai pengganas sambil bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Israel.

Advertisements

Postingan yang dibuat Mazraoui itu juga membawa kepada kecaman-kecaman dari media Jerman yang tidak bersetuju dengan solidariti terhadap Palestin. Ia tidak terhenti di situ, apabila terdapat media yang melabel Mazraoui menyokong keganasan.

Tanda pagar #WeStandWithMazraoui telah trending di laman sosial X yang menandakan sokongan kepada pemain antarabangsa Maghribi itu. Mazraoui kini di Maghribi bagi aksi kelayakan Piala Afrika menentang Liberia awal pagi esok.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram