Dunia
Kelantan United FC
Advertisements

Selepas mengalami beberapa pertukaran jurulatih pada musim lepas, Kelantan United berharap mendapat kestabilan menerusi jurulatih baru yang dilantik. Bekas jurulatih Penang FC, Tomas Trucha diberi kepercayaan mengendali skuad Kijang Hijau untuk saingan liga musim depan.

Advertisements

Sejak beberapa minggu lepas, ura-ura bekas jurulatih skuad Harimau Kumbang itu dilantik sebagai pengendali Kelantan United telah tersebar. Dan pada hari ini, ia telah disahkan secara rasmi menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Jurulatih yang berasal dari Republik Czech itu membimbing Penang FC pada musim 2021. Semasa musim tersebut, skuad Harimau Kumbang berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super.

Advertisements

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila prestasi hambar membelenggu Penang FC pada awal musim lepas. Akibatnya, Trucha direhatkan pengurusan Penang FC sebelum dilepaskan mereka pada Mei lalu.

Selain Penang FC, Trucha juga pernah mengendalikan Orapa United (Botswana), Township Rollers (Botswana) dan AFC Leopards (Kenya).

Advertisements

Selain Trucha, dikhabarkan beberapa pemain berpengalaman juga akan dibawa masuk bagi memperkuat skuad Kijang Hijau menghadapi saingan liga musim hadapan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram