Bekas pemain kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian didakwa telah menceroboh bilik hotel seorang kenalan wanita di Petaling Jaya, Selangor.
Menurut sumber daripada Kosmo, tertuduh yang berusia 49 tahun ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menceroboh bilik hotel tersebut di Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Zhafran Rahim telah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dan menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya pada 18 September kelak.
Pada 24 Jun lalu, Balai Polis Daerah Petaling Jaya telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang menyatakan bahawa bilik hotelnya telah diceroboh seseorang individu akibat daripada perselisihan faham yang berlaku.
Wanita yang juga merupakan isteri orang tersebut terus bertindak keluar dari hotel untuk menyelamatkan diri dan membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin berkata, Shahrul didakwa mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah, bekas pemain Perak yang terkenal sekitar tahun 2000 ini akan dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.