Bekas Pemain KL City Di AFC Sertai Melaka
Dunia
KL City
Advertisements

Isu di luar padang langsung tidak mengganggu fokus Melaka FC menjelang saingan Liga M3. Dan difahamkan, bekas pemain tengah KL City, Fakrul Aiman Sidid bakal menyertai pasukan itu musim ini.

Khabar angin perpindahan Fakrul Aiman itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter semalam.

Fakrul Aiman dijangka menambah pengalaman dalam pasukan yang baru dibentuk itu. Selain KL City, dia pernah mewakili PDRM, Negeri Sembilan dan Felda United.

Advertisements

Fakrul Aiman menjadi sebahagian daripada skuad City Boys yang menjadi naib juara Piala AFC musim lepas. Malah, dia turut menyumbat satu gol di peringkat separuh akhir antara zon Piala AFC dalam perlawanan menentang ATK Mohun Bagan yang berkesudahan dengan kemenangan 3-1 untuk City Boys.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram