Advertisement
Bekas Pemain Malaysia Di Perancis Kini Milik Sri Pahang
Dunia
MakanBola
Sri Pahang FC

Selepas berjaya merekrut kuartet JDT, Sri Pahang terus berusaha memperkuat pasukan mereka. Terbaru, bekas pemain AS Cannes dan Karagumruk SK, Aqil Arazi Aziz sah menyertai skuad Tok Gajah itu.

Berita penyertaan bekas pemain skuad remaja kebangsaan itu diumumkan oleh laman media sosial rasmi Sri Pahang dan akaun Twitter Harimau Abroad.

Mampu beraksi di pelbagai posisi serangan sama ada sebagai penyerang, pemain sayap atau pemain tengah menyerang, keupayaan Aqil dijangka akan menjadi aset utama serangan Tok Gajah.

Selain pernah menimba pengalaman di AS Cannes dan Karagumruk SK, dia juga pernah menyertai kem latihan FC Barcelona pada 2017. Selain dua pasukan ini, Aqil turut menyertai Brooke House College Football Academy selama dua tahun.

Selain Aqil, Sri Pahang juga berusaha membawa masuk awang import bagi mengepalai jentera serangan mereka. Antara nama yang dikaitkan dengan skuad Tok Gajah ialah bekas penyerang Penang FC, Lucas Silva.