Bekas Pemain MLS Kini Perkuat Selangor
Dunia
Sporting Kansas City II
Advertisements

Selepas melepaskan khidmat penyerang Brazil, Herlison Caion, barisan serangan Selangor kini dimantapkan dengan kehadiran penyerang muda Ghana, Rauf Salifu.

Pengumuman perpindahan bekas penyerang Sporting Kansas City II itu dibuat menerusi laman media sosial Selangor hari ini.

Lahir di Accra, Ghana, penyerang tersebut beraksi dengan Accra Lions FC dari 2018 hingga 2021. Semasa musim 2020-2021, Salifu menjaringkan 21 gol daripada 58 perlawanan sekaligus membantu kelab itu layak ke Liga Perdana Ghana.

Advertisements

Rekod jaringannya yang memberangsangkan turut mendorong Sporting Kansas City mendapatkan khidmatnya musim lepas.

Ditempatkan dalam pasukan simpanan Sporting Kansas City II, Salifu mencipta sejarah sebagai pemain pertama MLS Next Pro (sebahagian daripada divisyen tiga Amerika Syarikat) yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.

Dia merupakan pemain import keenam Selangor selepas Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab, Hein Tet Aung, Richmond Ankrah dan Alex Agyarkwa.

Advertisements

Dalam temubualnya bersama media rasmi kelab, Salifu melihat cuaca di Malaysia hampir sama dengan cuaca negara asalnya. Dia berharap kehadirannya dapat memperkuatkan pasukan apabila Liga Super bermula pada akhir Februari ini.

“Ini merupakan kali pertama saya berada di Asia. Cuaca di Malaysia lebih kurang sama di Ghana, jadi saya yakin ini membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri di sini.

“Saya lihat Selangor FC mempunyai penyokong yang sangat ramai, ia menjadi antara sebab saya memilih ke sini. Untuk itu, saya akan berusaha untuk buat mereka bangga dengan kelab ini dan tidak mengecewakan mereka,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram