Advertisement
Bekas Pemain Selangor Bakal Kembali Semula Ke Liga Malaysia?
Dunia
MakanBola
armin_97

Bekas pemain Selangor, Armin Maier memberi bayangan bakal kembali ke Liga Malaysia dalam satu hantaran di laman milik Instagramnya

Pemain berusia 25 tahun itu pada musim 2022 ini beraksi di divisyen keempat Liga Jerman bersama kelab SV Heimstetten yang berpangkalan di Munich.

Pemain tengah ini pernah menyertai pasukan Selangor pada tahun 2020 hingga 2022 dan hanya beraksi bersama Selangor II sepanjang musim itu.

Masalah peribadi antara sebab utama beliau terpaksa kembali ke Eropah dan menamatkan kontraknya enam bulan awal daripada sepatutnya.

Untuk rekod, pemain kelahiran Jerman ini bukanlah asing di Liga Malaysia, beliau juga pernah menyertai JDT II bagi musim 2019/20. Namun, tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama.  

Walaubagaimanapun, setakat ini beliau tidak mahu memberikan sebarang jawapan mengenai masa depannya di Malaysia. 

“Hantaran itu adalah untuk mengatakan bahawa saya sudah pulang ke Malaysia ketika ini dan kemungkinan besar akan ada pengumuman selepas ini,” katanya kepada Majoriti

Liga Super musim hadapan akan lebih banyak pasukan yang akan bertanding, mungkin ini peluang buat Armin Maier akan menyarung jersi mana-mana pasukan kelak.