Bekas Pembantu Shin Tae-yong Kini Jurulatih Vietnam
Dunia
PSSI
Advertisements

Bekas pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Gong Oh-kyun kini secara rasminya telah diumumkan sebagai jurulatih baharu pasukan Vietnam.

Menurut satu kenyataan oleh media di Vietnam iaitu Zingnews, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bakal memperkuatkan pasukan bawah 23 tahun Vietnam sejurus sahaja Sukan Sea 2022.

Jurulatih berusia 47 tahun itu sebelum ini difahamkan akan menjadi pembantu kepada ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo terlebih dahulu dalam kejohanan Sukan Sea ini.

Advertisements

Ini juga mengesahkan kehadiran beliau untuk menggantikan tempat Park Hang Seo untuk mengendalikan pasukan bawah 23 tahun setelah berakhirnya Sukan Sea nanti.

Bekas jurulatih pasukan bawah 23 tahun Korea Selatan ini juga mempunyai pengalaman dalam melatih pasukan Asia Tenggara kerana pernah menjadi pembantu kepada jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-Yong.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah mengemudi pasukan muda Indonesia bawah 23 tahun dan juga bawah 19 tahun selaku pembantu jurulatih.

Advertisements

Gong Oh-kyun juga dikhabarkan telah pun menewaskan 10 calon lain yang turut merebut jawatan yang sama.

Pencapaian terbaik yang pernah dikecapi oleh beliau adalah dengan mengemudi pasukan bawah 20 tahun Korea Selatan sehingga menjadi naib juara di Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2019 selaku pembantu jurulatih.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram