Bekas Wonderkid Barcelona Bakal Sertai RANS Cilegon FC?
Dunia
Sky Sports
Advertisements

Pasukan Liga 2 Indonesia, RANS Cilegon FC kini dikhabarkan sedang berusaha untuk membawa masuk bekas bintang Barcelona selepas sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa nama besar di Eropah bagi menguatkan pasukan.

Setelah nama-nama seperti Mesut Ozil pernah dikaitkan dengan pasukan milik Rafi Ahmad ini, kini nama bekas pemain AC Milan ini menjadi bualan hangat di Indonesia.

Berita ini menjadi tular apabila Instagram pasukan tersebut mengumumkan bahawa ada perkara besar yang bakal diumumkan oleh pasukan buat penyokong setia mereka.

Advertisements

Sebelum ini, RANS Cilegon menamatkan saingan musim lalu di tempat kedua sekaligus berjaya untuk naik ke liga utama Indonesia.

Oleh yang demikian, pasukan itu juga sedang mempersiapkan skuad dan dijangka bakal diperkuatkan dengan barisan pemain bintang dalam liga mereka.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pasukan ini juga bercadang untuk membawa masuk pemain-pemain import yang berkualiti bagi memantapkan lagi beberapa posisi terutamanya barisan serangan pasukan.

Pemain berusia 31 tahun ini kini beraksi bersama pasukan Liga 1 Jepun bersama Vissel Kobe sedang mengharungi musim yang agak sukar apabila berada pada kedudukan kedua tercorot liga.

Advertisements

Malah, Bojan juga tidak berjaya mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan apabila sekadar beraksi 2 daripada 6 perlawanan sebagai pemain gantian dan belum menjaringkan sebarang gol.

Perkara ini hanya boleh diketahui sekiranya pasukan sudah pun membuat pengesahan rasmi mengenai ura-ura bintang Eropah ini bakal berkelana di bumi Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram