Benjamin Mora Mahu Atlas Bertemu JDT
Eropah
johor southern tigers
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyatakan hasratnya untuk melakukakan perlawanan persahabatan bertemu JDT.

Perkara itu disampaikan Mora di laman rasmi Instagram miliknya. Beliau membalas respon yang ditulis pemilik JDT, Tunku Ismail di ruangan komen.

“Bos, bila kami boleh datang ke Johor dan beraksi menentang JDT? Sebaiknya sebelum mereka (Atlas) pecat saya. Tahniah atas semua pencapaian cemerlang JDT dalam semua saingan,” ujar Benjamin Mora.

Advertisements

Ketika di JDT, Benjamin Mora telah mengendalikan sebanyak 148 perlawanan bersama Harimau Selatan dan memperoleh 102 kemenangan. Beliau juga menjadi watak penting dalam membantu JDT untuk mara ke pusingan kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pengendali berusia 43 tahun itu telah dilantik menjadi ketua jurulatih Atlas FC pada 7 Oktober tahun lalu. Kini selepas mengharungi 17 perlawanan dalam saingan Liga Mexico, Atlas merekodkan 4 kemenangan, 9 seri dan 4 kekalahan. Atlas berada di kedudukan kesembilan selepas mencatat 21 mata dalam saingan liga musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram