Dunia
karimbenzema
Advertisements

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema mencuri perhatian peminat bola sepak kerana memaparkan satu hantaran gambar yang menunjukkan beliau sedang menjalani rawatan bekam.

Ini bukan kali pertama beliau menjalani rawatan bekam. Rawatan ini merupakan salah satu daripada proses pemulihan beliau sebagai seorang atlet sukan.

Seperti yang kita maklum, amalan berbekam berupaya mengurangkan gejala penyakit dan ianya boleh mengeluarkan toksin dari badan.

Advertisements
benzemajpg Benzema Hidupkan Sunnah Nabi Dengan Berbekam
Instagram: karimbenzema

Memetik sumber daripada Mufti WP, amalan berbekam ini merupakan salah satu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi SAW. Maka, segala perbuatan tersebut mendapat pahala kerana ianya sebahagian perbuatan dari Nabi SAW.

Rawatan bekam ini mampu memberi manfaat kepada semua orang tidak kira dari mana asalnya. Rawatan ini juga seringkali menjadi pilihan atlet elit sukan bagi mempercepatkan proses pemulihan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram