Benzema Umum Persaraan
Dunia
Le Parisien
Advertisements

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema mengumumkan persaraan dari arena bola sepak antarabangsa berkuatkuasa hari ini. Ini selepas penyerang tersebut terlepas peluang membantu skuad Perancis mara ke final Piala Dunia 2022 akibat kecederaan. Keputusan tersebut diumumkan di akaun Twitter rasmi penyerang tersebut bersempena hari lahirnya yang ke-35.

Dalam ciapannya itu, bekas penyerang Lyon itu berkata, “Saya telah berusaha dan melakukan kesilapan untuk sampai ke tahap saya berada hari ini dan saya bangga dengannya. Saya telah menulis kisah saya dan cerita kami (bersama pasukan kebangsaan Perancis) telah berakhir.”

Tidak diketahui apa punca Benzema memilih bersara daripada bola sepak antarabangsa. Tetapi wujud pelbagai laporan yang menyatakan penyerang Los Blancos itu mempunyai hubungan renggang dengan jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps. Ini termasuk dakwaan Deschamps tidak memanggilnya semula ke pasukan kebangsaan selepas Perancis melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 walaupun dia telah pulih daripada kecederaan.

Advertisements

Bekas penyerang Lyon itu merekodkan 97 penampilan bersama Les Bleus dan menjaringkan 37 gol. Benzema juga terlepas peluang menyertai skuad Perancis yang menjulang Piala Dunia 2018 selepas didakwa terlibat dalam satu kes ugutan membabitkan rakan sepasukan Perancis dari Olympique Marseille, Mathieu Valbuena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram