Beraksi Di Bukit Jalil Jadi Misi Utama Dion Cools
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools melaungkan rasa tidak sabar untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perkara itu dikongsikan Cools di laman rasmi Instagram miliknya pada kelmarin. Pemain kacukan Malaysia/Belgium ini dilihat bersemangat dan berkobar-kobar untuk melakukan penampilan sulung, beraksi dihadapan lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya di SNBJ.

Seperti yang sedia maklum, Malaysia telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Kumpulan E yang melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Bahrain, Bangladesh dan Turkmenistan bagi kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Advertisements

Dion di laman Instagramnya telah memuat naik dua fotonya bersama pasukan kebangsaan dengan caption “See you in Bukit Jalil 🙏”

Setakat ini, pemain Zulte Weregem ini pernah beraksi dalam tiga perlawanan di kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand tempoh hari. Pemain yang berusia 25 tahun ini juga sempat beraksi dalam Piala AFF ketika Malaysia tewas kepada pasukan Indonesia.

Pada siri persahabatan Tri-Nations Series 2022, Cools turut menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika menentang Filipina dan Singapura. Hasrat besar Dion Cools untuk beraksi di Bukit Jalil bakal jadi kenyataan sekiranya khidmat beliau ditagih Kim Pan-gon untuk saingan Kelayakan Piala Asia 2023, Jun kelak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram