CEO Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Haji Ali mengejutkan para penyokong Sang Kenari apabila meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC selepas berbakti selama empat tahun.
Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook KDA FC, Khamal meletakkan jawatan sebagai CEO bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau.
Berita itu juga disambut baik oleh anak beliau iaitu Khairul Imran Fhirqa yang melihat sendiri jerih perih ayahnya dalam usaha membawa pasukan Kedah ke satu tahap yang lebih baik.
“Saya bangga dengan keputusan awak. Anda telah melakukan yang terbaik. Terlalu banyak dah rasanya anda menghabiskan masa dan wang tanpa dihargai. Malah ada antara penyokong kelab yang tahu pengorbanan anda pun kadang-kadang buat-buat tak tahu dan terus menghentam anda.
“Kemudian netizen hanya akan mengikut dan menelannya. Mereka hanya nak lihat anda jatuh. Itulah kehidupan. Biarkan mereka yang pandai berkata-kata bawa pasukan ini. Terima kasih kerana akhirnya menyedarinya. Pengajaran yang dipelajari.
“Saya tahu anda suka bola sepak. Saya boleh tahu bahawa hati anda hancur apabila melihat wajah anda. Bola sepak adalah hidup anda. Tetapi untuk kali ini. Sila berehat,” coret Khairul Imran di laman Facebook.
Khamal mula dilantik sebagai CEO pada bulan Ogos 2020 ketika pasukan Liga Super Kedah di tangga ke-8 dan mengakhiri musim 2020 sebagai Naib Juara Liga Super.
Perletakkan jawatan Khamal ini ternyata satu kehilangan besar buat arena bola sepak negeri Kedah selepas pelbagai perkembangan serta pembaharuan yang telah dilaksanakan sejak beliau dilantik.