Bergson & Heberty ‘Terkaku’ Saat JDT Belasah Kelantan
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Duo serangan berbisa pasukan JDT, Bergson Da Silva dan Heberty dikesan terkaku seketika ketika pasukannya membelasah Kelantan pada pusingan kalah mati Piala Malaysia.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan anak didik Tano Solari menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas dalam semua kejohanan musim ini.

Advertisements

Tatkala pesta gol Harimau Selatan bermula, tumpuan terarah kepada insiden yang tidak disengajakan berlaku di hadapan gawang The Red Warriors.

Jentera serangan JDT beraksi seperti singa kelaparan yang membawa kepada kemenangan besar JDT di laman sendiri.

Advertisements

Keadaan berlaku ketika JDT memperoleh gol ke-6 perlawanan menerusi Daryl Sham ketika serangan tersebut sepatutnya boleh dinoktahkan oleh Bergson atau Heberty.

Kedua-dua pemain ini kelihatan keliru untuk memberi laluan kepada salah seorang daripada mereka sebelum bola itu dirampas pertahanan Kelantan.

Advertisements

Malang berganda apabila bola itu tiba di hadapan Daryl yang melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol lawan.

Gandingan Bergson dan Heberty sememangnya cukup mengagumkan tatkala mereka kini antara gandingan paling prolifik.

Advertisements

Kehadiran perancang tengah Jepun, Takahiro Kunimoto seakan melengkapkan trio ini sekaligus berpeluang mendominasi saingan domestik sebelum melangkah ke pentas Asia tidak lama lagi.

Video: Bergson & Heberty terdiam seketika

Advertisements

News Comments Account