Masalah mengenai tempat duduk di Stadium mula menitir di bibir setiap penyokong bola sepak di Malaysia.
Menurut pemerhatian, rata-rata penyokong bola sepak yang hadir ke stadium tidak mengikut nombor tempat duduk yang telah ditetapkan mengikut tiket masing-masing.
Beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti kini hangat menjadi perbualan di media massa. Rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan sistem tiket dan juga cara pengurusan Stadium menguruskan masalah tempat duduk ini.
Ada daripada mereka yang tidak dapat duduk kerana tempat mereka telah diduduki orang. Malah, jika menegur ada yang melenting dan ada yang berbuat ‘bodoh’.
Terdapat satu ciapan di Twitter daripada seorang penyokong yang ‘mention’ DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) berkenaan isu ini.
Lalu, Baginda memberi respon dengan menyatakan bahawa perkara yang dilakukan di Johor Darul Ta’zim (JDT) dulunya di pandang remeh namun kini mula diikuti.
Walaubagaimanapun, Baginda percaya lebih baik bertindak daripada tidak berbuat apa-apa. TMJ tetap dengan pendirianya bahawa visi tanpa perlaksanaan adalah halusinasi.
Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian.
Berkenaan isu ini pihak FAM atau berkaitan harus berkerjasama untuk mengatasi masalah ini agar tidak menjadi punca penyokong tidak berminat untuk datang ke Stadium.